Dengan pelbagai inovasi di pasaran, pihak Baidu dari China turut tidak ingin ketinggalan. Selain daripada kaca mata pintar dinamakan Baidu Eye, mereka juga turut memperlihatkan satu lagi peranti baru, iaitu penyepit makanan pintar (smart-chopsticks).
Menggunakannya, ia dilihat memfokuskan kepada makanan, dimana penyepit makanan pintar ini boleh mengesan minyak dalam makanan, selain turut mengetahui beberapa perkara lain seperti sekiranya makanan tersebut rosak.
Disamping itu, penyepit makanan pintar ini juga membolehkan pengguna mengetahui nutrisi dalam makanan, dan pengguna boleh ketahui akan apakah yang dimakan oleh mereka. Melalui video yang diterbitkan, ia dilihat pengguna perlu menghubungkan penyepit makanan pintar ini kepada telefon pintar untuk mengetahui pelbagai bacaan.
Baidu dilaporkan mengatakan yang mana penyepit makanan pintar ini akan menilai tahap kesegaran minyak masakan, selain turut digunakan untuk menilai tahap PH, suhu, dan juga kalori.
Ia masih belum diumumkan bilakah penyepit makanan pintar ini akan dipasarkan ataupun berapakah harga jualannya kelak.