Cari @ Amanz

Selain pengenalan Lumia 830 dengan sokongan PureView, pihak Microsoft turut menambah dua lagi peranti dibawah portfolio mereka, iaitu Lumia 730 (dwi-SIM) dan juga Lumia 735 (versi LTE).

Kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci OLED, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2GHz, kamera belakang 6.7-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, ruangan storan 8GB dan bateri berkapasiti 2200mAh.

Lumia 735

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan kamera hadapannya untuk selfie yang mana menjadi trend ramai pengeluar sekarang. Untuknya ia kini menyertakan lensa dengan rakaman luas, dan turut boleh digunakan untuk Skype bersama rakan-rakan anda. Microsoft turut akan menyertakan pakej Skype Unlimited World untuk beberapa pasaran terpilih.

Lumia 730 dan 735 akan hadir dalam pilihan warna hijau, jingga, kelabu dan juga putih. Membezakan kedua-duanya adalah sokongan rangkaian, dimana Lumia 730 hadir dengan sokongan dwi-SIM, sementara Lumia 735 pula hadir dengan sokongan LTE dan pengecasan tanpa-wayar.

Kedua-duanya akan dipasarkan bermula bulan September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd