Dyson 360 Eye – Robot Pembersih Hampagas Daripada Dyson

Dyson 360 Eye – Robot Pembersih Hampagas Daripada Dyson

Diterbitkan pada Sep 4, 2014 oleh .

Dyson sedia popular dengan beberapa produk mereka – terutamanya pembersih vakum daripada mereka, dan hari ini mereka memperkenalkan satu lagi produk baru, dinamakan sebagai Dyson 360 Eye.

Dyson 360 Eye

Dyson 360 Eye merupakan robot pembersih vakum yang mana akan melakukan pelbagai tugasan membersih rumah dibawah arahan anda. Ia menggunakan teknologi Root Cyclone dalam membersihkan pelbagai habuk dan kotoran, dan sesuai digunakan pada pelbagai jenis lantai. Nama 360 digunakan memandangkan ia boleh mengimbas bilik dan mengetahui bahagian manakah yang perlu dibersihkan.

Melengkapkan pengenalannya adalah aplikasi Android dan iOS khusus untuknya yang mana digunakan untuk mengawal robot berkenaan, disamping membolehkan pengguna menjadualkan aktiviti pembersihan untuk robot tersebut.

Dyson 360 Eye ini bakal diperkenalkan untuk pasaran Jepun terlebih dahulu, dan turut akan dipasarkan ke seluruh dunia pada tahun 2015 kelak.


TIPS & ULASAN