Huawei Ascend Mate 7 Diperkenalkan – Sokongan Dwi-SIM 4G Dan Pengimbas Cap Jari

Huawei Ascend Mate 7 Diperkenalkan – Sokongan Dwi-SIM 4G Dan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Sep 4, 2014 oleh .

Huawei hari ini mengambil pentas utama dengan mengumumkan beberapa produk baru mereka, dan yang menjadi fokus utama adalah Huawei Ascend Mate 7. Ia masih membawakan saiz 6-inci seperti versi sebelumnya, dan turut hadir dengan beberapa perubahan baru.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan Kirin 925 SoC yang mana mengoptimasikan penggunaan berdasarkan kepada aplikasi, memori dalam pilihan 2GB atau 3GB, dan hadir dengan sokongan LTE Cat 6. Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,100mAh.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakangnya. Pihak huawei mengatakan yang mana sokongan tersebut boleh digunakan untuk beberapa perkara termasuk untuk pembayaran dan sebagainya.

Huawei Ascend Mate 7

Huawei Ascend Mate 7

Huawei Ascend Mate 7

Huawei Ascend Mate 7

Salah satu fungsi menarik yang turut hadir adalah Visitor Mode. Menggunakannya, ia akan mengimbas jari dan menentukan mod penawaran aplikasi dan apa yang dipaparkan. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengaktifkan mod pelawat, boleh menggunakan jari tengah, sementara untuk mengakses peranti secara menyeluruh menggunakan jari telunjuk.

Selain daripada itu, antaramuka Emotion UI sendiri dikemaskini kepada versi 3.0 – dan dioptimasikan untuk skrin bersaiz besar. Beberapa perkara baru turut diperkenalkan adalah termasuk penggunaan antaramuka yang dioptimasikan untuk sebelah tangan, dan kemaskini pada rekabentuk.

DSC_0206

DSC_0207

Untuk kamera Huawei Ascend Mate 7, pihak Huawei menggunakan lensa daripada Sony pada bahagian belakang melalui kamera 13-megapixel, dan turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel untuk tujuan selfie. Sensor pengimbas cap jari boleh digunakan untuk merakamkan gambar dengan tap padanya.

Huawei Ascend Mate 7

Huawei Ascend Mate 7 turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dimana ia menggunakan nano-SIM dan mikro-SIM – dan menariknya kedua-duanya boleh menggunakan rangkaian 4G.

Huawei Ascend Mate 7 akan dipasarkan secara berperingkat ke seluruh dunia bermula dengan China. Memandangkan generasi keduanya tidak hadir ke pasaran tempatan, mungkin kita boleh nantikan versi ketiga keluarga Ascend Mate ini hadir ke Malaysia.


TIPS & ULASAN