Huawei Ascend G7 Diperkenalkan – Kerangka Berasaskan Logam Sepenuhnya

Huawei Ascend G7 Diperkenalkan – Kerangka Berasaskan Logam Sepenuhnya

Diterbitkan pada Sep 4, 2014 oleh .

Bersama-sama pengenalan Huawei Ascend Mate 7, pihak Huawei turut sama memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dinamakan sebagai Huawei Ascend G7. Peranti bersaiz 5.5-inci turut hadir dengan sokongan LTE Cat 6 untuk akses rangkaian dengan lebih pantas.

Huawei Ascend G7 hadir dengan rekaan kerangka berasaskan logam, dan turut dilengkapi dengan skrin pada resolusi 1280×720, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, dan menggunakan antaramuka baru daripada Huawei berasaskan Android 4.4 KitKat, iaitu Huawei Emotion UI 3.0.

Huawei Ascend G7

Huawei Ascend G7

Huawei Ascend G7

Untuk rakaman, pihak Huawei melengkapkan ia dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Pelbagai fungsi khusus turut disertakan bersama-sama peranti ini untuk tujuan rakaman.

Huawei Ascend G7

Huawei Ascend G7

Huawei Ascend G7

Huawei juga turut menyertakan beberapa fungsi gesture pada peranti ini untuk membolehkan pengguna mengakses beberapa aplikasi terus daripada skrin kunci.

Huawei Ascend G7

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei Ascend G7 akan memasuki pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN