Huawei Ascend Mate 7 Akan Hadir Ke Malaysia Sebelum Penghujung Oktober

Huawei Ascend Mate 7 Akan Hadir Ke Malaysia Sebelum Penghujung Oktober

Diterbitkan pada Sep 4, 2014 oleh .

Huawei hari ini telah memperkenalkan telefon pintar phablet terbaru mereka dikenali sebagai Huawei Ascend Mate 7, dan pada masa yang sama turut mengatakan Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang menerimanya.

Huawei Ascend Mate 7

Huawei Ascend Mate 7 membawakan skrin bersaiz 6-inci, dan turut hadir dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari serta antaramuka yang dioptimasikan untuk skrin besar.

Info mengenai berapakah harga jualan tempatannya tidak diketahui lagi. Memandangkan mereka mengatakan ia akan hadir ke Malaysia sebelum penghujung Oktober, maka mungkin kita akan mendengar daripada Huawei Malaysia tidak lama lagi berkaitan dengannya.

Huawei Ascend Mate 7


TIPS & ULASAN