Cari @ Amanz

TwitpicTwitpic hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perkhidmatan mereka pada 25 September ini. Penutupan ini dikaitkan dengan pihak Twitter yang mana mereka meminta pihak Twitpic untuk tidak membuat pendaftaran tanda dagang untuk “Twitpic”.

Menurut Twitpic, pihak Twitter meminta Twitpic untuk tidak mendaftar tanda dagangnya, ataupun berisiko untuk kehilangan akses terhadap API di Twitter.

Twitpic mengatakan mereka telah memfailkan tanda dagang pada tahun 2009 yang lepas, dan kini dalam fasa terakhir sebelum mereka mendapatkan tanda dagang tersebut.

Menurut Twitpic, mereka tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk melawan syarikat besar seperti Twitter, dan mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Twitpic.

Bagi pengguna Twitpic sedia ada, anda akan diberikan notis untuk memuat-turun gambar dan video yang telah diterbitkan daripada perkhidmatan tersebut dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd