Facebook Memperkenalkan Privacy Checkup – Membolehkan Anda Mengawal Privasi Dengan Lebih Baik

Facebook Memperkenalkan Privacy Checkup – Membolehkan Anda Mengawal Privasi Dengan Lebih Baik

Diterbitkan pada Sep 5, 2014 oleh .

Facebook hari ini telah mula memperkenalkan dan menawarkan satu lagi fungsi menarik pada laman sosial tersebut dikenali sebagai Privacy Checkup. Menggunakannya, pengguna boleh mengawal apa yang anda kongsikan dan dengan siapa yang anda kongsikan sesuatu perkara.

Facebook Privacy Checkup

Fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam beberapa hari lagi. Menggunakannya, selain menetapkan dengan siapa anda kongsikan sesuatu perkara, Facebook juga akan menawarkan kebolehan untuk anda memantau aplikasi mana yang mempunyai akses kepada akaun anda. Anda boleh memadamkan akses aplikasi yang tidak dikehendaki menggunakan Privacy Checkup ini.

Dan akhir sekali, ia juga akan membolehkan anda menetapkan data informasi peribadi manakah yang akan diperlihatkan kepada umum, atau kepada rakan-rakan anda.

Fungsi ini merupakan salah satu fungsi yang dinantikan, memandangkan tidak ramai pengguna yang mengakses halaman tetapan Facebook dan mengawal apa yang dikongsikan. Mungkin ini juga akan memudahkan proses penetapan privasi – terutamanya kepada pengguna-pengguna baru.


TIPS & ULASAN