Panasonic Toughpad FZ X1: Tablet Android Paling Tahan Lasak Di Pasaran

Panasonic Toughpad FZ X1: Tablet Android Paling Tahan Lasak Di Pasaran

Diterbitkan pada Sep 5, 2014 oleh .

Semasa kami masih muda remaja, Panasonic menghasilkan siri pemain kaset dan CD yang diberi nama Shock Wave. Pemain muzik ini dijual dengan gimik ianya tahan hentakan selari dengan jam Casio G Shock yang menjadi kegilaan remaja pada waktu itu. Kini Panasonic menghasilkan tablet tahan lasak pula untuk kegunaan industri.

Panasonic-Toughpad-FZ-X1-2

Panasonic Toughpad FZ X1 ialah tablet Android dengan skrin sebesar 5″. Anda mungkin berkata bagaimana peranti dengan skrin sebesar 5″ boleh dikategorikan sebagai tablet? Ini adalah kerana badan peranti ini disaluti kerangka tahan lasak yang diperbuat daripada getah. Menurut Panasonic FZ X1 mampu menahan hentakan sekiranya ianya jatuh dari ketinggian 3 meter. Ianya juga kalis air dan debu dengan tahap ketahanan IP 68, setanding dengan Xperia Z3 Tablet Compact.  FZ X1 diperkasakan pemproses 1.7 GHZ empat teras Snapdragon 600, 2 Gigabyte RAM dan muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 64 Gigabyte. Kamera utamanya pula sebesar 8 Megapixel dan kamera hadapan pula ialah 1.3 Megapixel.  Harga jualan Panasonic Toughpad FZ X1 ialah 1385 Euro (RM 5709)  sebuah. Harga yang ditetapkan sangat melampau tetapi bersesuaian untuk sebuah tablet yang mampu digunakan di dalam situasi yang juga melampau.

Panasonic-Toughpad-FZ-X1Sumber Panasonic


TIPS & ULASAN