Skype Untuk iPhone Kini Menyertakan Sokongan Panggilan Audio Berkumpulan

Skype Untuk iPhone Kini Menyertakan Sokongan Panggilan Audio Berkumpulan

Diterbitkan pada Sep 5, 2014 oleh .

Skype hari ini memperkenalkan sebuah fungsi baru untuk pengguna aplikasi Skype di iPhone, iaitu kebolehan untuk membuat panggilan audio berkumpulan. Kemaskini ini hadir bersama-sama pengenalan Skype 5.4 untuk iPhone.

Buat masa ini, fungsi ini menyokong untuk pengguna membuat panggilan kepada sehingga empat orang pada sesuatu masa.

Fungsi panggilan audio ini sedia disokong pada Group di Skype, selain mana pengguna turut boleh menambah rakan-rakan baru ketika panggilan audio dengan memilih “Add Participant” ketika dalam panggilan.

Bagi anda yang menggunakan Skype, mungkin boleh mencubanya, dan mungkin ini akan mengurangkan sedikit penggunaan data berbanding panggilan video berkumpulan.

Muat-Turun Skype untuk iOS


TIPS & ULASAN