Moto Hint – Mengawal Dan Mengakses Peranti Menggunakan Suara Sepenuhnya

Moto Hint – Mengawal Dan Mengakses Peranti Menggunakan Suara Sepenuhnya

Diterbitkan pada Sep 5, 2014 oleh .

Moto HintMotorola hari ini dilihat hadir dengan sebuah peranti baru dinamakan sebagai Moto Hint, yang mana merupakan sebuah peranti bersaiz kecil yang dipakai pada telinga, dan seterusnya membolehkan anda membuat kawalan berasaskan arahan suara ke telefon pintar dan tablet anda.

Moto Hint dilihat dihubungkan menggunakan Bluetooth, dan dijayakan dengan sokongan Google Now yang sentiasa mendengar arahan suara anda.

Dari segi masa bertahan bateri, Moto Hint dilihat akan bertahan sekitar 10-jam, dan ia turut hadir dengan sebuah pengecasan tersendiri bersaiz kecil untuk membolehkan anda mengecas ia dimana-mana sehingga dua kali apabila bergerak atau berada di luar.

Mengikut halaman jualan, Moto Hint dijual pada harga $149.99 (~RM475)


TIPS & ULASAN