Motorola Moto G ialah antara peranti kegemaran kami kerana walaupun dijual pada harga mampu milik dengan spesifikasi kelas rendah, ianya sangat lancar digunakan berbanding peranti-peranti yang lebih mahal. Ianya juga peranti Motorola yang paling laku jualannya tahun lalu melangkaui Moto X yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi. Meneruskan kejayaan Moto G ialah Moto G 2014 yang baru diumumkan sebentar tadi. Apakah perbezaan yang dibawakan tahun ini? Berita baiknya ialah ia kini menyokong kad MikroSD manakala berita buruk ialah pemproses yang sama dikekalkan.
Perbandingan Motorola Moto G 2013 Dan Moto G 2014
Diterbitkan pada Sep 5, 2014 oleh Effi Saharudin.