Google Kini Membawakan Seni Dan Sejarah China Sehingga 5000 Tahun Terus Ke Web

Google Kini Membawakan Seni Dan Sejarah China Sehingga 5000 Tahun Terus Ke Web

Diterbitkan pada Sep 5, 2014 oleh .

Google melalui projek Cultural Institute sedia merakamkan dan memuat-naik pelbagai jenis gambar dan seni budaya, dan memudahkan pengguna mengikutinya menggunakan pelayar web. Terkini, hari ini pihak Google turut menambah pelbagai seni dan sejarah dari China, sekaligus membolehkan pengguna mengetahui dan mengikuti perkembangan salah satu tamadun tertua didunia.

Tamadun China

Menurut Google, mereka telah menambah sehingga 1400 perkara dan menawarkan 48 pameran berbeza meliputi sejarah dan seni dari China.

Bagi anda yang meminati sejarah, mungkin boleh mula melayari laman Cultural Institute hari ini, dan mempelajari tamadun China sejak 5000 tahun yang lepas.

Layari : Koleksi China di Google Cultural Institute


TIPS & ULASAN