Carian
Huawei Turut Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Berasaskan Android Wear
September 6, 2014 Aman

Huawei pada awal tahun ini telah memperkenalkan TalkBand mereka yang mana merupakan salah satu peranti boleh-pakai yang turut boleh digunakan sebagai earpiece. Selain peranti boleh-pakai yang hadir seperti gelang-tangan dan memfokuskan kepada beberapa sokongan asas, pihak Huawei turut dilihat akan hadir dengan jam tangan pintar mereka.

Jam tangan pintar Huawei kelak akan menggunakan Android Wear, dan sekaligus bersaing dengan pelbagai pengeluar lain di pasaran.

Apa pun, Huawei tidak menyatakan berkenaan bilakah mereka akan hadir dengan jam tangan pintar tersebut, dan sekadar mengatakan ia akan menjadi salah satu jam tangan pintar yang cantik dan inovatif – berbanding pelbagai jam tangan pintar di pasaran hari ini.

Pada minggu ini sahaja, beberapa jam tangan pintar telah hadir ke IFA 2014, termasuk daripada Asus, Samsung, LG dan juga Sony.

Komen