Cari @ Amanz

Kamera kompak biasanya digunakan oleh peminat sukan lasak untuk merekod aktiviti berani mati penuh adrenalin mereka. GoPro ialah jenama kamera lasak yang paling terkenal dan digunakan oleh majoriti pengguna di pasaran sekarang. Vievu LE3 ialah kamera kompak yang direka khas untuk kegunaan pasukan keselamatan terutamanya pihak polis. Penggunaan kamera kompak pada polis kini menjadi keperluan di negara membangun kerana ia bukan sahaja memudahkan pendakwaan terhadap pesalah malahan ia membantu menyelesaikan masalah tuduhan menggunakan kekerasan berlebihan oleh anggota polis.

Di Amerika Syarikat Vievu LE3 sedang menjalani proses ujian untuk digunakan oleh polis New York.  Kamera kompak yang Vievu LE3 mampu merakan video sehingga 12 jam. Sistem penyulitan khas digunakan bagi memastikan video yang diambil tidak boleh disunting dan dipadam dengan sewenang-wenangnya. Kamera Vievu LE3 diklip pada baju anggota polis dan dikawal secara manual. Keperluan kamera sebegini semakin memuncak selepas dua kes kematian ketika proses penangkapan beberapa suspek. Kematian Michael Brown kini menjadi bualan ramai di Amerika Syarikat kerana menurut saksi beliau ditembak mati walaupun sudah menyerah diri. Eric Gardner pula dicekik sehingga mati oleh pegawai polis ketika beliau sedang digari. Kewujudan bukti video juga dapat memastikan pihak polis dapat membuktikan tiada kejadian salah laku oleh pegawai mereka. Kamera kompak yang dipakai oleh pegawai polis juga sedang diuji oleh pegawai polis di London.

Kami merasakan sistem sebegini juga perlu digunakan di Malaysia. Kerap kali di media sosial kami melihat video yang menunjukkan polis yang dituduh kurang ajar dan dikatakan mengambil rasuah. Semua cerita ini datang hanya dari sebelah pihak dan disunting bahagian awalnya. Dengan adanya sistem kamera kompak yang dipakai,video dari pihak polis juga boleh dikongsi bagi membalas segala dakwaan yang dilontarkan.

vievu-le3-img2b

body-camera

Sumber Wall Street Journal

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd