Dell Hadir Dengan Monitor Pada Resolusi 5K

Dell Hadir Dengan Monitor Pada Resolusi 5K

Diterbitkan pada Sep 6, 2014 oleh .

Sementara ramai yang hadir dengan monitor pada resolusi 2K pada tahun ini, pihak Dell dilihat melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan monitor pada resolusi 5K (5120×2880 pixel).

Dell Monitor 5K

Monitor ini hadir dengan skrin bersaiz 27-inci, disamping menawarkan beberapa teknologi khusus daripada pihak Dell, termasuk sokongan paparan anti-pantulan, dan juga menyertakan sehingga enam port USB.

Disamping itu, untuk speaker, ia menyertakan Harmon Kardon 16W, dan turut dilengkapi dengan sokongan pembaca kad padanya.

Dengan pelbagai fungsi ini, ia membawakan harga yang agak premium, iaitu pada harga hampir RM8000. Mungkin pihak Dell memfokuskan kepada mereka yang terlibat dengan penyuntingan fail multimedia melalui monitor baru ini.


TIPS & ULASAN