Reddit sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Reddit AMA untuk pengguna iOS, dan terkini ia dilihat mereka turut sama menambah dan menerbitkan aplikasi yang serupa untuk pengguna Android.
Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh mengikuti pelbagai sesi soal-jawab yang dilakukan di Reddit, selain turut menyertai sesi berkenaan.
Aplikasi Reddit AMA juga turut dibahagikan mengikut kategori tersendiri, sekaligus memudahkan pengguna untuk hanya mengikuti topik kegemaran mereka menggunakannya.
Bagi anda yang menggunakan Android, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma, disamping menambah pengetahuan anda berkaitan pelbagai perkara menggunakannya.