Lagi Gambar Dan Video iPhone 6 Tertiris – Mungkinkah Ia Akan Kelihatan Seperti Ini?

Lagi Gambar Dan Video iPhone 6 Tertiris – Mungkinkah Ia Akan Kelihatan Seperti Ini?

Diterbitkan pada Sep 7, 2014 oleh .

Dengan tinggal beberapa hari lagi berbaki sebelum acara pengumuman Apple Keynote diadakan, semalam laman web dari China telah menunjukkan beberapa gambar yang dihantarkan dari pengguna Weibo menunjukkan apa yang dikatakan sebagai iPhone 6 yang telah beroperasi. Meskipun ia tidak dapat disahkan benar, terdapat beberapa ciri yang boleh dikatakan merupakan ciri khusus dipunyai iPhone 6.

working_iphone_6_5s_home-800x600

Oleh kerana skrin iPhone 6 besar, ia akan mempunyai 6 baris ikon, berbeza dengan iPhone 5 yang mempunyai 5 baris ikon. iPhone 6 juga bakal membawakan penghujung yang mempunyai sudut melengkung, satu perkara yang selari dengan imej-imej gambar yang tertiris sebelum ini. Sekiranya diteliti pada ikon Passbook, ia turut menawarkan baris keempat dan mungkin memberi petunjuk berkenaan sokongan pembayaran mudah-alih menggunakan NFC.

working_iphone_6_5s_side

Gambar diatas juga menunjukkan butang kawalan tahap bunyi yang lebih nipis dan menunjukkan bahagian tepi yang melengkung. Kameranya juga dilihat sedikit timbul, mungkin kerana menggunakan sensor pengimejan yang lebih besar dan berkuasa. Video dibawah menunjukkan rekabentuk iPhone 6 yang turut mempunyai butang kuasa disebelah kanan, berbeza dengan model-model terdahulu yang mempunyai butang kuasa di bahagian atas.

Ia tidak mustahil sekiranya gambar dan video ini adalah benar-benar iPhone 6 kerana dalam beberapa tahun ini nampak banyak ketirisan maklumat berkenaan produk dari Cupertino ini. Sama-sama kita nantikan pengumumannya minggu hadapan.


TIPS & ULASAN