Carian
Google Malaysia Mengumumkan Pemenang Doodle 4 Google
September 8, 2014 Ikhwan Nazri

Tahun ini Google Malaysia telah mengadakan pertandingan Doodle 4 Google, dalam mencari lukisan yang bakal menghiasi halaman utama Google Malaysia. Ia terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah dan Lee Yee Run dari SMJK Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor memenangi pertandingan ini.

Doodle-4-Google-IMG_7364

Bagi yang tidak mengenali apa itu Doodle 4 Google, ia telah menjadi tradisi Google untuk mengubah logo Google bagi memperingati sesuatu. Antara Doodle untuk Malaysia yang terkenal sebelum ini adalah Yasmin Ahmad, Hari Raya, Hari Kemerdekaan Malaysia dan bermacam lagi. Kebiasaanya mereka menghasilkan Doodle sendiri namun bagi sambutan Hari Malaysia akan datang, pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar.

Selain Lee Yee Run, 16, yang mendapat undi terbanyak dan memenangi hadiah utama, pemenang Doodle 4 Google kategori lain adalah:

  • Umur 7-9: Vaisnawi Harulnathan dari SJKG Valambrosa, Klang.
  • Umur 10-12: Chin Joe Yi dari SJK© Kwang Hwa, Pulau Pinang.
  • Umur 13-15: Mohammed Anoof Ibrahim dari Mutiara International Grammar School, Ampang.
  • Umur 16-17: Lee Yee Run dari SMJK Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor.

[amanz-gallery]

Doodle hasil kreativiti Lee Yee Run akan menghiasi laman Google.com.my pada 16 September ini dan untuk melihat kesemua doodle yang disenarai pendek, layari galeri pertandingan doodle ini.

Komen