Microsoft Memperlihatkan Antaramuka Baru Untuk MSN Asia

Microsoft Memperlihatkan Antaramuka Baru Untuk MSN Asia

Diterbitkan pada Sep 8, 2014 oleh .

MSN merupakan salah satu portal milik Microsoft yang mana memaparkan pelbagai info terkini dan setempat, selain turut digunakan sebagai halaman utama web ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, hari ini mereka memulakan ujian terbuka untuk menguji antaramuka baru untuk MSN Asia.

MSN Preview Malaysia

Melalui antaramuka baru ini, ia dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin – desktop dan peranti mudah-alih, disamping membolehkan pengguna mengikuti pelbagai berita dan kandungan terkini menggunakannya.

Disamping itu, pihak Microsoft juga kini memaparkan pautan ke beberapa perkhidmatan web mereka seperti OneNote, OFfice dan sebagainya, sekaligus membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan web milik mereka dengan mudah terus dari laman MSN baru ini.

Bersama-sama pengenalannya, pihak Microsoft turut mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan sejumlah aplikasi MSN untuk Windows Phone, iOS dan juga Android dalam beberapa bulan akan datang.

Layari : MSN Malaysia


TIPS & ULASAN