Cari @ Amanz

Razer Blade merupakan salah satu komputer riba yang memfokuskan kepada permainan daripada pihak Razer. Kini, komputer riba tersebut telah mula ditawarkan di Malaysia, dimana model dengan kapasiti storan 256GB ditawarkan pada harga RM8799.

Razer Blade merupakan komputer riba dengan skrin bersaiz 14-inci dan membawakan resolusi 3200×1800 pixel. Ia dilengkapi dengan sokongan skrin-sentuh, dan menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7-4702HQ, kad grafik NVIDIA GTX 870M (3GB GDDR5), serta memori sebanyak 8GB (DDR3L – 1600Mhz).

Komputer riba ini turut menyertakan pelbagai sokongan lain termasuk sokongan HDMI, audio Dolby Digital Plus Home Theatre Edition, papan kekunci dengan sokongan backlight, dan beberapa fungsi tambahan daripada pihak Razer.

Selain Razer Blade, pihak Razer juga turut memperkenalkan Razer Blade Pro untuk pasaran tempatan, dimana ia dijual pada harga RM9199 untuk 256GB. Ia hadir dengan skrin bersaiz lebih besar – iaitu pada saiz 17-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, dan dilengkapi dengan kad grafik dengan architecture “Maxwell” untuk prestasi grafik yang lebih baik.

Kedua-dua komputer riba ini telah mula dijual di Malaysia, dan mungkin bagi anda yang inginkan komputer riba dengan prestasi multimedia dan grafik yang tinggi, boleh mendapatkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd