Carian
Twitter Mula Menguji Butang “Buy” Pada Aplikasi Mudah-Alih
September 9, 2014 Aman

Twitter merupakan salah satu laman sosial dengan peminatnya tersendiri, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini – daripada rakan-rakan, jenama, media dan sebagainya. Terkini, dalam membawanya setapak kehadapan, pihak Twitter dilihat memfokuskan kepada sokongan jual-beli pada platform tersebut.

Twitter Buy

Melalui laman rasmi mereka, Twitter mengumumkan yang mana mereka akan memulakan ujian butang “Buy” atau butang beli terus pada aplikasi mudah-alih dalam usaha memudahkan pengguna untuk membeli sesuatu produk.

Untuk menjayakan perkara ini, pihak Twitter bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti Fancy dan sebagainya – dan mereka memfokuskan kepada pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Ia juga ditekankan oleh Twitter yang mana hanya segelintir kecil pengguna sahaja yang akan dapat melihatnya memandangkan mereka masih lagi dalam proses ujian awal untuknya.

Disamping itu, segala data pembayaran dan penghantaran produk disimpan dibawah penyulitan Twitter tersendiri, sekaligus dikatakan akan memudahkan pengguna membuat pembayaran pada masa akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=dEGk5LRumJM

Jadi, apa kata anda berkaitan dengan sokongan pembelian terus melalui Twitter ini? Adakah ia akan memberikan impak yang meluas pada masa akan datang?

Komen