Asus Hadir Dengan Tablet Bersaiz 8-inci Menjalankan Windows 8.1

Asus Hadir Dengan Tablet Bersaiz 8-inci Menjalankan Windows 8.1

Diterbitkan pada Sep 9, 2014 oleh .

Di IFA, salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah pengenalan tablet berasaskan Windows 8.1 daripada beberapa pengeluar – termasuk Lenovo dan juga Acer. Selain daripada mereka, pihak Asus dilihat tidak ingin ketinggalan dan turut hadir dengan VivoTab 8.

Asus VivoTab 8

Asus VivoTab 8 dilihat sebagai kemaskini kepada keluarga VivoTab Note 8, dimana versi terkini ini membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolsi 1280×800 pixel, menggunakan cip Intel Atom Z3745, memori dalam pilihan 1GB RAM atau 2GB RAM, dan ruangan storan sehingga 32GB. Tablet ini turut menyertakan kamera depan dan belakang 2-megapixel.

Tablet ini menggunakan Windows 8.1 – sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan penuh sistem operasi Windows, disamping turut dilengkapi dengan sokongan Office 365 selama setahun.

Selain menawarkan pengalaman perkomputeran penuh, tablet ini juga dilengkapi dengan sokongan GPS untuk membolehkan pengguna menggunakannya dimana-mana mereka berada bersama-sama beberapa aplikasi khusus seperti FourSquare atau Nokia HERE Maps.

Asus Malaysia masih tidak mengumumkan harga jualan tempatannya, dan mungkin kita akan mendengar mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN