SheTaxis – Perkhidmatan Teksi Dari Wanita Untuk Wanita

SheTaxis – Perkhidmatan Teksi Dari Wanita Untuk Wanita

Diterbitkan pada Sep 9, 2014 oleh .

Perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi pintar semakin banyak pilihannya di Malaysia. Sebagai contoh MyTaxi dan Uber adalah dua perkhidmatan yang pernah kami gunakan di Kuala Lumpur. Kesemua perkhidmatan ini memudahkan pengguna untuk mencari teksi tanpa perlu berpanas dan penat melakukan isyarat untuk menahan teksi. Ianya juga memastikan anda tidak perlu lagi bertanya kepada pemandu sama ada mereka mahu membawa anda ke destinasi yang ingin ditujui lagi.

Di Amerika Syarikat wujud sebuah lagi perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi telefon pintar dilancarkan tetapi ianya hanya mensasarkan golongan wanita. SheTaxis yang bakal dilancarkan 16 September ini ialah perkhidmatan teksi pemandu wanita untuk pelanggan wanita. . Ianya dimulakan Stella Matteo bagi mengurangkan kebimbangan pelanggan wanita apabila menaiki teksi yang majoritinya dipandu kaum lelaki. Ianya juga boleh digunakan pemandu wanita untuk hanya mengambil pelanggan lelaki sekiranya mereka takut apa-apa terjadi kepada mereka. Sejak ujian dilakukan sambutan terhadap SheTaxis adalah amat menggalakkan. Di New York perkhidmatan ini sangat diterima baik oleh wanita Yahudi Hassidic yang hanya boleh menaiki kenderaan yang dipandu wanita kerana seperti orang Islam mereka tidak boleh menaiki kenderaan dengan bukan muhrim. Perkhidmatan ini juga menurut SheTaxis dapat menambahkan jumlah pemandu teksi wanita di Amerika Syarikat. Walaupun Amerika Terkenal sebagai sebuah “negara bebas dan adil” masih wujud diskriminasi jantina yang dialami oleh pemandu teksi wanita di sana

Perkhidmatan teksi dari wanita untuk wanita ini kami rasakan adalah pasaran niche yang seharusnya ada di Malaysia juga. Harus kami akui agak risau apabila isteri dan adik kami menaiki teksi di Kuala Lumpur. Ini berikutan trauma kes bunuh dan rogol Noor Suzaily Mukhtar oleh seorang pemandu bas pada tahun 2000. Kalau kita sudah ada gerabak khas wanita untuk Komuter apa salahnya ada teksi wanita juga.

4685086_G

Sumber New York Times


TIPS & ULASAN