Hari ini U Mobile telah berkongsi pelan perancangan mereka untuk tahun 2015, menyasarkan untuk meliputi kebanyakan kawasan tempatan dengan penambahan sehingga 2000 tapak pemancar gelombang 3G & 4G LTE diseluruh negara.
Melalui perancangan ini, sebanyak 1000 tapak pemancar 3G dan 1000 tapak pemancar 4G LTE akan disiapkan menjelang penghujung 2015. Antara kawasan utama yang bakal diliputi termasuklah Wilayah Persekutuan, Selangor, Seremban, Port Dickson, Nilai, Ipoh, Lumut, Pulau Pinang, Johor Bahru, Muar, Kluang, Segamat dan Batu Pahat. Beberapa kawasan di Pantai Timur, Sabah, Sarawak dan Labuan juga bakal menerima liputan berkelajuan tinggi ini.
Dengan penambahan kawasan liputan U Mobile ini pastinya akan memberikan impak bukan sahaja kepada pengguna awam, bahkan dengan pengguna bisnes mereka yang melanggan perkhidmatan U Mobile Quickpay. Bagi anda yang tidak mengetahui akan U Mobile Quickpay, ia merupakan peranti yang membolehkan pengguna bisnes mereka menerima pembayaran kad kredit pada peranti mudah alih mereka dan U Mobile Quickpay telah dilancarkan beberapa minggu lepas.