WhatsApp Untuk iOS Menambah Fungsi Menambah Kapsyen Gambar, Mengarkib Chat, Dan Beberapa Fungsi Baru

WhatsApp Untuk iOS Menambah Fungsi Menambah Kapsyen Gambar, Mengarkib Chat, Dan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada Sep 9, 2014 oleh .

WhatsApp untuk iPhone hari ini dilihat menerima kemaskini baru, dimana bersama-sama dengannya, WhatsApp menambah beberapa fungsi baru memfokuskan kepada sokongan media pada aplikasi sembang popular tersebut.

WhatsApp iOS

Antara fungsi baru yang hadir adalah sokongan mengarkib chat dengan mudah, disamping membolehkan para pengguna menambah kapsyen pada gambar dan video sebelum ia dikongsikan.

Untuk perkongsian video pula, kini WhatsApp turut menyertakan sokongan trim, membolehkan pengguna membuang bahagian yang tidak diinginkan pada sesuatu video sebelum menghantarnya kepada pengguna lain.

Kemaskini ini diperkenalkan kepada pengguna iOS terlebih dahulu, dan mungkin kita akan turut melihat sokongan sama untuk pengguna Android tidak lama lagi.

Muat-Turun WhatsApp untuk iOS


TIPS & ULASAN