Cari @ Amanz
LG G3 Stylus
Pemproses 1.3Ghz Empat-Teras
RAM 1 GB
Muatan Dalaman 8 GB
Kamera Utama 13 MP AF
Kamera Depan 1.3 MP
Skrin 5.5″ qHD
Bateri 3000 mAh

LG pada tahun ini telah memperkenalkan telefon pintar keluarga LG G3, dan hadir bersama-sama dengannya adalah dua variasi dibawah keluarga sama, iaitu LG G3 Beat (yang mana merupakan versi mini untuk G3), dan juga LG G3 Stylus yang mana hadir dengan sokongan stylus.

LG G3 Stylus hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan membawakan rekaan lebih kurang sama seperti LG G3. Membawakan perbezaannya, selain daripada spesifikasi, ia juga turut menyertakan sokongan stylus bersama-sama dengan peranti ini.

Bagi kami, setelah mencubanya, ia didapati stylus yang disertakan boleh dikatakan tidak begitu berguna untuk peranti ini. Stylus yang disertakan sendiri adalah stylus versi murahan, yang mana menyerupai lebih kurang seperti stylus yang ditawarkan di beberapa kedai – malah boleh didapati di Daiso pada harga sekitar RM5.

LG G3 Stylus

Ia tidak menyertakan rekaan yang tajam seperti stylus pada Galaxy Note, atau beberapa peranti lain, sebaliknya ia membawakan mata yang lembut dan hanya boleh digunakan untuk melakar pada aplikasi yang khusus untuknya. Ia juga dilihat mudah rosak, dan tidak begitu kukuh seperti pada peranti lain.

Selain daripada stylus, binaan badannya juga adalah berasaskan plastik – dan tidak memberikan pengalaman penggunaan peranti seumpama LG G3. Apa pun, perkara ini adalah sesuatu yang dijangka memandangkan ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan daripada pihak LG.

Fungsi-fungsi popular LG masih dikekalkan seperti Knock Code, dan beberapa aplikasi khusus, serta antaramuka Android daripada pihak LG.

Jika anda ingin mendapatkan peranti ini oleh kerana fungsi stylusnya, maka mungkin kami akan mencadangkan anda untuk mendapatkan peranti yang lain. Namun, mungkin jika anda ingin mendapatkan peranti LG pada saiz 5.5-inci dengan harga yang rendah berbanding LG G3, peranti ini mungkin boleh membantu anda.

[amanz-gallery]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd