Samsung Malaysia Mengumumkan Galaxy Mega 2 Secara Rasminya – Berharga RM1299

Samsung Malaysia Mengumumkan Galaxy Mega 2 Secara Rasminya – Berharga RM1299

Diterbitkan pada Sep 9, 2014 oleh .

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan dan mengumumkan Galaxy Mega 2 untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan peranti bersaiz 6-inci tersebut di pasaran.

Samsung Galaxy Mega 2

Samsung Galaxy Mega 2

Galaxy Mega 2 dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras A9 1.5Ghz, hadir dengan sokongan LTE Cat 4, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2.1-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan sokongan ruangan storan sehingga 8GB, serta memori 1.5GB RAM.

Samsung menekankan yang mana peranti Gaalxy Mega 2 ini difokuskan kepada pengguna yang ingin menikmati media pada peranti mereka, disamping membolehkan mereka membuat lebih dari satu tugasan dengan mudah memandangkan ia membawakan saiz skrin yang besar.

Fungsi popular seperti Ultra Power Saving Mode dan sebagainya turut disediakan untuk membolehkan pengguna menggunakan peranti tersebut untuk masa yang lebih lama.

Samsung Galaxy Mega 2 boleh didapati daripada para pengedar tempatan, dimana ia ditawarkan pada harga saranan RM1299.

Samsung Galaxy Mega 2

Samsung Galaxy Mega 2


TIPS & ULASAN