Cari @ Amanz

Facebook telah mengemaskini penawaran NewsFeed mereka baru-baru ini, dimana mereka mula memaparkan video yang dimainkan secara automatik tanpa pengguna perlu klik pada butang “Play”. Walaupun perkara ini mungkin memudahkan pengguna, tetapi untuk mereka yang mempunyai akses internet dengan data terhad, mungkin ia tidak begitu digemari.

Bagi anda yang tidak mengemari sokongan automatik ini, anda boleh mematikan fungsi tersebut, dan kekal menggunakan perkhidmatan Facebook seperti sebelum ini.

Jika anda menggunakan iPhone, anda hanya perlu ke halaman Settings, seterusnya memilih Facebook, dan seterusnya membuka Settings. Kemudian pada bahagian Auto-play, anda boleh mematikannya ataupun memilih untuk memainkan video pada WiFi sahaja.

Jika anda menggunakan Android pula, anda hanya perlu membuka aplikasi Facebook, dan pada menu pilih App Settings. Kemudiannya, pada bahagian Video Auto-play, anda boleh mematikan sokongan tersebut atau seperti pada iPhone, memilih untuk memainkannya menggunakan WiFi sahaja.

Facebook Autplay

Dengan membuatnya, ia akan mematikan sokongan memainkan video secara automatik pada peranti mudah-alih anda, sekaligus menjimatkan penggunaan data pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd