Pelayar Web Opera Mini Beta Diperkenalkan Untuk Windows Phone

Pelayar Web Opera Mini Beta Diperkenalkan Untuk Windows Phone

Diterbitkan pada Sep 9, 2014 oleh .

Opera SoftwarePelayar web Opera Mini boleh dikatakan agak popular bagi pengguna peranti mudah-alih dan kini pihak Opera telah menawarkan Opera Mini Beta kepada semua pengguna Windows Phone 8.

Melalui Opera Mini Beta, pengguna Windows Phone 8 kini boleh melayari laman web dengan penjimatan data sebanyak 90% melalui teknologi compression yang digunapakai oleh pihak Opera. Selain itu, aplikasi ini turut menawarkan beberapa fungsi seperti Speed Dial yang membolehkan pengguna membuat pin laman web pilihan pengguna pada halaman home screen pada pelayar web ini.

Seperti Opera Mini di platform-platform utama lain, Opera Mini Beta untuk Windows Phone 8 turut hadir dengan kebolehan Tabs dan Opera Link yang membolehkan pengguna sync bookmark serta Speed Dial antara komputer dan peranti mudah alih. Turut tidak ketinggalan ia juga menawarkan fungsi Smart Page yang hadir dengan paparan kemaskini daripada laman sosial yang ditetapkan oleh pengguna.

Opera Mini Windows Phone 8

Opera Mini Beta menyokong kesemua peranti Windows Phone 8 dan Windows Phone 8.1 yang mana ia boleh dimuat-turun secara percuma melalui laman Windows Phone Store.

Muat-turun: Opera Mini Beta untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN