Altel Memperluaskan Perkhidmatan Ke Sarawak

Altel Memperluaskan Perkhidmatan Ke Sarawak

Diterbitkan pada Sep 9, 2014 oleh .

Altel merupakan salah satu syarikat telekomunikasi baru yang mana beroperasi dibawah syarikat Puncak Semangat. Mereka telah mula memasarkan produk mereka dengan lebih serius pada tahun ini, dan kini dilihat telah turut memperluaskan tawaran ke pasaran Sarawak baru-baru ini.

Pengenalan di Sarawak dilakukan selari dengan acara Sarawak Regatta – iaitu salah satu acara tradisional popular yang memperlihatkan perlumbaan perahu panjang di Kuching.

Pihak Altel turut membuka pusat servis pertama Sarawak di Kota Samarahan, dan menyasarkan untuk membuka empat lagi di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dalam beberapa bulan lagi.

Pada masa yang sama, pihak Altel juga turut dilihat ingin menyasarkan seramai 300,000 orang pelanggan menjelang penghujung tahun ini. Buat masa ini, pihak Altel dikatakan mempunyai sekitar 150,000 pelanggan dan angka tersebut dikatakan meningkat secara mendadak dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN