Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan Apple iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus, pihak Apple turut mengumumkan sistem pembayaran menggunakan telefon pintar terus ke penjual – dinamakan sebagai Apple Pay.

Perkara ini bukan sesuatu yang baru, dimana ia telah sedia hadir pada beberapa peranti, termasuk daripada Samsung dan juga Sony.

Apple Pay

Apple Pay

Apple Pay

Apple Pay dijayakan dengan sokongan NFC dan juga TouchID, sekaligus membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mudah dan pantas menggunakannya. Apple turut mengatakan yang mana ia lebih selamat berbanding menggunakan dompet seperti biasa pada hari ini.

Apple bekerjasama dengan tiga nama besar – iaitu Visa, Master Card dan juga American Express untuk menjayakan perkara ini. Disamping itu, sejumlah peniaga juga akan menyokongnnya di Amerika Syarikat.

Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan sama akan diperluaskan ke pasaran tempatan. Satu perkara yang pasti, ia mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum diperluaskan dan digunakan dengan meluas.

Apple Pay

Apple Pay

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd