Cari @ Amanz

Dengan pelbagai pengeluar yang telah memperkenalkan jam tangan pintar mereka, kini Apple turut tidak ketinggalan dan telah pun sedia mengumumkan Apple Watch secara rasminya. Ia akan hadir dalam dua saiz berbeza, dan dilengkapi dengan skrin Sapphire yang dilengkapi paparan Retina.

Apple Watch

Apple Watch hadir dalam rekaan segi empat, dan ia membawakan antaramuka khusus untuknya, serta dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti pada iPhone 6 – termasuk integrasi sokongan HealthKit, dan digunakan untuk tujuan kecergasan.

Dalam usaha untuk memudahkan pengguna mengakses aplikasi dan sebagainya pada jam tangan pintar ini, Apple menyertakan sebuah pemutar khas pada bahagian tepi dinamakan sebagai Digital Crown. Apabila pengguna menekannya, ia akan membawa pengguna kepada skrin utama, dan pengguna turut boleh memutarkannya untuk memilih sesuatu perkara.

Apple Watch

Untuk tujuan pengecasan pula, ia menggunakan sokongan pengecasan berasaskan induktif. Pada bahagian belakang jam tangan Apple Watch adalah beberapa sensor yang digunakan bersama-sama iHealth, termasuk boleh menyemak nadi pengguna – seperti pada Gear S.

Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan input berasaskan suara melalui integrasi Siri, membolehkan pengguna berinteraksi dengannya, disamping membalas sesuatu perkara dan membuat beberapa perkara lain.

Apple Watch

Apple Watch

Apple Watch yang hadir dalam dua saiz ini akan ditawarkan dalam tiga variasi, iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan juga Apple Watch Edition. Dan seperti yang dijangkakan, ia akan hanya boleh digunakan bersama-sama iPhone sahaja. Jam tangan pintar ini hanya akan mula dipasarkan bermula tahun hadapan – 2015.

[amanz-gallery]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd