Bersama-sama pengenalan Apple iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus, pihak Apple turut mengumumkan yang mana mereka akan turut menawarkan kemaskini perisian terbaru kepada para pengguna iPhone sedia ada bermula 17 September ini.
iOS 8 kelak dijangka akan membawakan pelbagai perubahan baru, termasuk dari segi keterbukaan ia untuk menyokong aplikasi pihak ketiga, integrasi antara OS X melalui Continuity, sokongan iCloud Drive, HealthKit, dan pelbagai fungsi baru yang lain.
iOS 8 ini akan disokong pada iPhone 4S, iPhone 5, iPhone 5C, iPhone 5S, iPod Touch 5-gen, iPad 2, iPad Retina, iPad Air, iPad Mini, dan juga iPad Mini Retina.