Cari @ Amanz

Sejurus selepas pengenalan iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus, pihak Apple turut sama telah mengemaskini harga jualan untuk telefon pintar yang diperkenalkan pada tahun lepas, iaitu iPhone 5C dan juga iPhone 5S.

Melalui harga baru, iPhone 5S dengan ruangan storan 16GB kini dijual pada harga bermula RM1999, sementara iPhone 5C pula dijual pada harga bermula RM1499.

Syarikat telekomunikasi masih belum mengemaskini pakej mereka, dan mungkin perlu menantikan iPhone 6 hadir ke pasaran tempatan sebelum mereka melakukan perkara tersebut.

iPhone 5S telah dilancarkan pada tahun lepas, dimana ia hadir dengan sokongan TouchID dan dilengkapi cip pemprosesan A7, serta kamera 8-megapixel. Dari segi fungsi yang ditawarkan, boleh dikatakan tidak jauh berbeza dengan iPhone 6 – apatah lagi memandangkan beberapa fungsi baru tidak boleh digunakan di Malaysia.

Harga jualan rasmi di Malaysia untuk iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd