Cari @ Amanz

Snapdragon 210Qualcomm merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan peranti mudah-alih popular, dan kini mereka dilihat turut hadir dengan sebuah cip pemprosesan baru menyasarkan kepada peranti berspesifikasi rendah, iaitu Snapdragon 210.

Menariknya mengenai cip pemprosesan ini adalah dimana ia turut hadir dengan sokongan LTE, sekaligus membolehkan peranti berharga rendah turut dilengkapi dengan sokongan tersebut. Telefon pintar yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 210 dijangka akan ditawarkan pada harga kurang daripada $100 (~RM330).

Disamping itu, cip ini turut dilengkapi dengan pemprosesan 1.1Ghz empat-teras Cortex-A7, Adreno 304 GPU, sokongan Bluetooth, WiFi, serta menyokong paparan resolusi sehingga 720p dan kamera sehingga 8-megapixel. Cip ini juga akan menyokong beberapa perkara lain, termasuk sokongan dwi-SIM dan juga Qualcomm Quick Charge.

Selain daripada pengenalan Snapdragon 210, pihak Qualcomm turut sama hadir dengan Snapdragon 208 yang mana memfokuskan kepada peranti dengan sokongan 3G sahaja, dan dilengkapi sokongan paparan qHD.

Peranti awal yang menggunakan cip pemprosesan ini dijangka akan hadir sekitar pertengahan tahun pertama 2015 kelak – dan dengannya juga kita mungkin akan melihat lebih banyak peranti dilengkapi rangkaian 4G LTE.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd