Kini Anda Boleh Melawat Piramid Di Giza Pada Google Maps Street View

Kini Anda Boleh Melawat Piramid Di Giza Pada Google Maps Street View

Diterbitkan pada Sep 10, 2014 oleh .

Google sedia menambah pelbagai lokasi menarik pada sokongan Street View mereka, dan terkini mereka turut mengumumkan yang mana mereka telah menambah sokongan Street View di beberapa lokasi menarik sekitar Mesir.

Piramid Giza

Antara yang menjadi fokus utama untuk pengenalan kali ini adalah piramid di Giza. Melalui Street View, kini pengguna boleh melihat sendiri dengan mudah antara kesan peninggalan tamadun awal, serta melihat beberapa perkara menarik disekitarnya.

Selain piramid, pengguna turut boleh melihat peninggalan sejarah lain seperti Great Sphinx, dan sebagainya terus pada pelayar web anda. Disamping itu, Google turut melengkapkan koleksi mereka di Google Cultural Institute untuk membolehkan pengguna mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan seni dari sana.

Layari : Piramid di Giza pada Street View


TIPS & ULASAN