Cari @ Amanz

Hari ini, sejumlah alamat emel GMail bersama-sama kata laluan telah diterbitkan di web, yang mana merangkumi pengumpulan data daripada pelbagai perkhidmatan pada suatu tempoh masa yang lama.

Daripada apa yang diketahui, ia berkemungkinan dikumpulkan melalui kaedah phishing dan beberapa kaedah yang lain. Beberapa pengguna turut mengatakan yang mana kata laluan yang diperlihatkan adalah sehingga kata laluan yang digunakan sekitar tujuh tahun yang lepas. Bagaimanakah ia dikumpulkan masih tidak diketahui, dan ia tidak berlaku disebabkan oleh pencerobohan pada sistem Google.

Boleh dikatakan kebanyakkan akaun GMail yang diterbitkan itu telah pun sedia mengubah kata laluan mereka. Apa pun, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi, pengguna boleh mengaktifkan sokongan pengesahan dwi-faktoruntuk memastikan akaun mereka benar-benar selamat.

Selain daripada akaun GMail, fail yang tertiris ke web ini turut memperlihatkan akaun daripada beberapa perkhidmatan emel terkemuka yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd