Google Memperkenalkan Sokongan Panggilan Suara Ke Talian Telefon Pada Aplikasi Hangouts

Google Memperkenalkan Sokongan Panggilan Suara Ke Talian Telefon Pada Aplikasi Hangouts

Diterbitkan pada Sep 11, 2014 oleh .

Google hari ini telah memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi Hangouts, sekaligus menawarkan panggilan suara percuma kepada pengguna Google Hangouts, ataupun mengenakan sedikit caj panggilan untuk panggilan ke talian tetap atau talian mudah-alih diseluruh dunia.

Sokongan ini membawa Google Hangouts selangkah kehadapan, dimana sebelum ini ia telah menyertakan sokongan SMS untuk pengguna Android.

Google Hangouts Dialer

Untuk membuat panggilan suara ke pengguna Hangouts, ia boleh dilakukan secara percuma, sebaliknya untuk membuat panggilan suara ke talian telekomunikasi, pengguna perlu mempunyai kredit panggilan sebelum dapat melakukannya. Daripada ujian kami, ia mengenakan caj sebanyak $0.03/minit untuk talian telekomunikasi mudah-alih di Malaysia, dan $0.02 untuk talian tetap. Google turut mengatakan yang mana ia percuma untuk membuat panggilan menggunakannya kepada talian di Amerika Syarikat dan Kanada.

Seperti biasa, pengguna perlu menghubungkan peranti ke WiFi atau talian data sebelum dapat membuat panggilan menggunakannya. Bagi panggilan ke talian telekomunikasi, pengguna perlu menambah kredit terlebih dahulu ke akaun mereka sebelum dapat membuat panggilan menggunakan Hangouts.

Sokongan seumpama ini bukan sesuatu yang baru, dimana sebelum ini LINE telah memperkenalkan sokongan tersebut, selain aplikasi seperti Skype dan Viber turut menyokongnya. WhatsApp turut dikatakan akan menyertakan sokongan panggilan suara ke aplikasi mereka tidak lama lagi.

Bagi pengguna Android yang ingin menggunakan sokongan ini, anda perlu memuat-turun Hangouts Dialer dan menggunakan Hangouts 2.3, sementara pengguna iOS boleh menikmati fungsi ini dengan mengemaskini Hangouts ke versi terkini.

Muat-Turun Hangouts Dialer untuk Android

Muat-Turun Hangouts untuk iOS


TIPS & ULASAN