Cari @ Amanz

HTC 8 OktoberHTC pada IFA 2014 sedia mengenalkan HTC Desire 820 dengan fokus terhadap selfie, dan kini mereka turut menjadualkan sebuah acara khas pada 8 Oktober untuk memperkenalkan produk baru mereka – berkemungkinan besar turut memfokuskan kepada kamera.

Melalui jemputan yang telah mula dihantar bermula hari ini, HTC menyertakan slogan “Double Exposure”. Ia masih lagi misteri berkenaan apakah yang bakal diumumkan oleh pihak HTC.

HTC sebelum ini ketika pengenalan HTC Butterfly 2 telah mengatakan yang mana mereka mempunyai beberapa kejutan untuk bulan Oktober ini, selain mana beberapa info telah tertiris sebelum ini mengatakan HTC mungkin hadir dengan tablet Nexus pada tahun ini. HTC turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar mereka pada bulan Oktober, tetapi beberapa laporan sebelum ini mengatakan perkara tersebut telah dibatalkan.

Apa pun, apa yagn bakal diumumkan pada acara tersebut masih kekal misteri buat masa ini. Jadi, apakah tekaan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd