Cari @ Amanz

Pengguna kedai aplikasi seperti Google Play telah pun sedia ditawarkan dengan fungsi untuk mengembalikan dan membatalkan pembelian mereka, dan mendapatkan kembali duit mereka. Ia sering dihadkan kepada 15 minit, dan kini melalui kemaskini baru, pihak Google membolehkan pengguna membatalkan ia dalam tempoh 2 jam selepas pembelian.

Fungsi ini merupakan salah satu perkara yang diminati ramai, memandangkan ia membolehkan pengguna mencuba aplikasi yang dibeli, seterusnya mendapatkan kembali wang sekiranya tidak berpuas-hati dengan apa yang ditawarkan.

Untuk membuat Refund, pengguna hanya perlu membuka Google Play Store, memilih My Apps, dan seterusnya memilih aplikasi yang ingin dibatalkan pembeliannya. Butang Refund akan diperlihatkan selama 2 jam selepas pembelian, dan pengguna boleh membatalkan pembelian dengan klik padanya. Butang tersebut akan hilang secara automatik selepas tempoh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd