BlackBerry Passport Melepasi Sirim Malaysia – Pelancaran Tidak Lama Lagi

BlackBerry Passport Melepasi Sirim Malaysia – Pelancaran Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 11, 2014 oleh .

Peranti Blackberry Passport atau turut dikenali dengan nama “BlackBerry Windermere” merupakan salah satu peranti baru daripada BlackBerry yang dinantikan peminatnya. Ia dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan ini, dan menariknya, peranti tersebut dilihat telah pun melepasi Sirim baru-baru ini.

Mengikut desas-desus, ia dikatakan akan menyertakan skrin sentuh bersaiz 4.5-inci, hadir dengan papan kekunci QWERTY, kamera belakang 13-megapixel. Ia turut bakal dijana menggunakan sistem operasi Blackberry terkini dengan beberapa fungsi tambahan.

BlackBerry menjadualkan acara pelancarannya pada 24 September, dan memadangkan ia telah pun melepasi Sirim, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan di Malaysia tidak lama selepas itu.

Blackberry Passport SIrim


TIPS & ULASAN