Rekaan Apple Watch boleh dikatakan tidak begitu menarik minat pengguna jikalau dibandingkan dengan beberapa jam tangan pintar yang lain. Perkara ini mungkin kerana rekaan skrinnya yang berbentuk segi empat, dan bukannya bulat.
Tetapi bagaimanakah sekiranya Apple hadir dengan Apple Watch berskrin bulat? Seorang perekabentuk hadir dengan konsep ringkas untuk jam tangan Apple Watch berskrin bulat – dimana secara kasarnya dilihat ia turut serasi dengan antaramuka jam tangan Apple Watch berbanding versi skrin empat-segi.
Apa pun, ia hanya sekadar konsep sahaja, dan mungkin ia tidak akan direalisasikan.
Apple Watch yang telah diumumkan oleh Apple dijangka akan hadir ke pasaran pada awal 2015 kelak, dan mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum versi keduanya diperkenalkan. Apple Watch versi pertama ini sendiri hadir dengan dua saiz skrin dan tiga pilihan variasi berbeza.