Cari @ Amanz

Viber hari ini telah memperkenalkan Viber 5.0 untuk pengguna peranti mudah-alih dan juga desktop – dimana salah satu fokus utama pada kemaskini ini adalah sokongan membuat panggilan video terus menggunakan peranti mudah-alih.

Viber Video Call

Selain daripada panggilan video terus pada peranti mudah-alih, pihak Viber turut menyertakan sokongan untuk menambah rakan-rakan dengan mengimbas kod QR, disamping beberapa peningkatan khusus untuk pengguna peranti mudah-alih.

Pada iOS, kini pengguna boleh menguruskan pek pelekat untuk digunakan pada ruangan sembang, sementara pengguna Android pula ditawarkan dengan rekabentuk antaramuka yang baru.

Disamping Android, versi desktop juga turut hadir dengan kemaskini rekabentuk baru, serta menyokong gambar pada latar belakang.

Viber Android

Viber WIndows 8

Pengguna yang menggunakan Viber, boleh mengemaskini aplikasi dan perisian anda untuk menikmati fungsi-fungsi baru yang dibawakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd