Pengguna Chromebook Kini Boleh Menggunakan Aplikasi Android Seperti Vine, Evernote Dan Duolingo

Pengguna Chromebook Kini Boleh Menggunakan Aplikasi Android Seperti Vine, Evernote Dan Duolingo

Diterbitkan pada Sep 12, 2014 oleh .

Google pada I/O telah sedia mengumumkan yang mana akan membolehkan pengguna menjalankan aplikasi Android pada Chromebook. Kini, langkah pertama untuknya dilakukan, dengan Google memperkenalkan sebanyak empat aplikasi Android yang dioptimasikan untuk ChromeOS.

Android Chromebook

Empat aplikasi yang disokong buat masa ini adalah Duolingo, Evernote, Vine dan juga SightWords.

Google mengatakan ia merupakan hasil daripada projek App Runtime for Chrome yang masih lagi pada peringkat beta buat masa ini. Ia menawarkan pengalaman penggunaan yang sama seperti pada peranti Android, tetapi turut dioptimasikan untuk skrin Chromebook.

Google turut mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan kerjasama bersama beberapa pembangun aplikasi Android dalam membawakan aplikasi kegemaran ramai ke Chromebook.


TIPS & ULASAN