MyTeksi Memperluaskan Perkhidmatan Ke Pulau Pinang

MyTeksi Memperluaskan Perkhidmatan Ke Pulau Pinang

Diterbitkan pada Sep 12, 2014 oleh .

MyTeksi merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat tempahan teksi menggunakannya – sekaligus menghubungkan pengguna kepada pemandu teksi. Terkini, mereka dilihat telah memperluaskan perkhidmatan mereka ke Pulau Pinang, dan membolehkan pengguna di Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Sebelum ini, MyTeksi telah memperkenalkan perkhidmatan mereka dalam bentuk ujian beta sejak bulan April yang lepas, dan dengan pengenalan rasmi ini, ia kini akan mula dipasarkan dengan lebih meluas, disamping lebih banyak pemandu yang dijangka akan menyertai dan menggunakannya.

Bersempena dengan pengenalan ini juga, pihak MyTeksi menawarkan diskaun sehingga RM10 untuk semua pengguna di Pulau Pinang dari hari ini sehingga 14 September – dimana pengguna boleh menebusnya dengan menggunakan kod promo “Penang”.


TIPS & ULASAN