Samsung Galaxy Alpha Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 19 September

Samsung Galaxy Alpha Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 19 September

Diterbitkan pada Sep 12, 2014 oleh .

AlphaSamsung Malaysia hari ini melalui laman Facebook mereka berkongsi memperlihatkan yang mana telefon pintar Samsung Galaxy Alpha bakal hadir ke pasaran Malaysia dan ditawarkan bermula 19 September kelak.

Samsung Galaxy Alpha merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada Samsung, yang mana membawakan rekaan berasaskan bingkai logam – dan daripada pengamatan kami, ia merupakan salah satu telefon pintar tercantik daripada pihak Samsung.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada minggu hadapan.

Kemaskini : Harga jualan diketahui mungkin sekitar RM1899.

Baca : Pandang Pertama : Samsung Galaxy Alpha


TIPS & ULASAN