Berita baik dan buruk hari ini buat peminta GTA V yang tidak memiliki PS3 dan Xbox 360. Berita baiknya ialah akhirnya tarikh pelancaran versi PS4 dan Xbox One diumumkan 18 November ini. Berita buruk pula ialah mereka yang menantikan versi PC terpaksa menanti sehingga 15 Januari tahun depan. GTA V mula dijual September tahun lalu dan penanti melebihi setahun untuk versi dengan grafik yang lebih tinggi ini pastinya mendatangkan kemarahan kepada pengguna PC. Ketiga-tiga versi GTA V ini akan mempunyai grafik yang lebih baik, peningkatan jumlah pemain multiplayer dan dikatakan akan hadir dengan misi tambahan. Versi PS4 dikatakan akan menyokong resolusi HD Penuh berbanding versi Xbox One. Kepada para bangsa terpilih PC di kalangan pembaca kami, adakah anda mampu bersabar sehingga tahun hadapan untuk akhirnya memiliki GTA V? Anda kini mempunyai 4 bulan untuk menaiktaraf PC anda sekiranya mahu memainkan permainan ini pada resolusi optimum dan tetapan tertinggi.
Sumber Kotaku