Measat-3B Memudahkan Penawaran Video Berdefinisi Tinggi

Measat-3B Memudahkan Penawaran Video Berdefinisi Tinggi

Diterbitkan pada Sep 12, 2014 oleh .

MEASAT telah dimulakan pada tahun 1992 yang lepas, dengan satelit pertama dilancarkan olehnya pada tahun 1996. Kini, selang beberapa tahun, MEASAT telah pun melancarkan satelit terbesar dan berkuasa lebih 10 kali ganda berbanding satelit pertama yang telah dilancarkan pada tahun 1996, dinamakan sebagai Measat-3B.

Measat-3B ini telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini, 12 September pada pukul 6.05 pagi. Satelit ini membawakan nilai pelaburan sehingga RM1.1 bilion untuk pembangunannya, serta sekaligus membawakan fasa baru untuk dunia telekomunikasi dan komunikasi di Malaysia.

Measat-3B

Bagi yang tidak mengenali akan satelit Measat, ia menawarkan sokongan telekomunikasi, dan pada masa yang sama mempertingkatkan industri komunikasi serantau. Measat sendiri sedia mempunyai beberapa pelanggan ternama, termasuk Astro, Telekom Malaysia, Maxis, TV3, RTM dan sebagainya.

Measat 3BMeasat-3B ini dilihat turut memfokuskan kepada penawaran video pada kualiti yang lebih tinggi, sekaligus membolehkan penawaran video pada kualiti HD – dan perkara ini juga dijangka akan menyumbang kepada pihak Astro dan penyedia televisyen yang lain dalam penawaran siaran mereka.

Dari segi kawasan liputan, Measat-3B ini akan meliputi komunikasi satelit sekitar Malaysia, Indonesia, India dan juga Autralia. Satelit ini dikatakan mampu beroperasi sehingga lebih 15 tahun.

Dengan pelancaran Measat-3B ini, pihak Measat dilihat mempunyai perancangan untuk dua lagi satelit Measat sebelum tahun 2020 yang mana disasarkan kepada syarikat telekomunikasi dan juga jalur-lebar.


TIPS & ULASAN