Xiaomi Malaysia Bakal Menawarkan “Mi In-Ear Headphones Basic” Pada 16 September – RM25

Xiaomi Malaysia Bakal Menawarkan “Mi In-Ear Headphones Basic” Pada 16 September – RM25

Diterbitkan pada Sep 12, 2014 oleh .

Xiaomi sedia menawarkan menawarkan Mi3, Redmi 1S, Redmi Note, Mi In-Ear Headphone, dan juga Mi Powerbank. Kini, mereka terus memperluaskan dan menambah penawaran mereka, dimana salah satu produk yang akan dibawa masuk adalah Mi In-Ear Headphones Basic dan ditawarkan pada harga RM25.

 Mi In-Ear Headphones Basic

Penawaran ini hadir selepas mereka menawarkan versi Piston sebelum ini. Pihak Xiaomi mengatakan ia membawakan rekaan yang nipis, disamping tahan lama dan juga menawarkan kualiti audio yang baik. Ia turut dioptimasikan sepenuhnya untuk peranti Android.

Bagi anda yang sedang mencari sebuah In-Ear Headphone versi asas, mungkin boleh mendapatkannya kelak daripada pihak Xiaomi pada 16 September ini.


TIPS & ULASAN